Bijakkah Kita?

Kita umat Muhammad s.a.w. adalah pewaris perjuangan baginda. Kita umat istimewa, umat pertengahan yang diisytiharkan sebagai sebaik-baik ummah. Apakah kita tahu? apakah kita sedar? dan adakah kita telah menunaikan amanah ini dengan betul dan bersungguh-sungguh?

Allah Mahu kita mengharungi perjuangan membawa manusia hanya menjadi hamba kepada Allah dan menegakkan SyariahNya di dunia ini. Tugas kita di akhir zaman ini, sama seperti tugas-tugas yang pernah dilaksanakan oleh nabi dan rasul terdahulu; Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ishaq, Yaakub, Yusuf, Musa, Isa alaihimus salam dan sebagaimana jalan yang ditunjukkan oleh nabi kita Muhammad s.a.w.

Cuma perjuangan kita di akhir zaman ini lebih berat, kerana kita memikul tugas menyediakan tentera Imam al Mahdi untuk menundukkan rejim dajjal yang belum selesai. Tugas kita menjadi berat kerana manusia yang menerima taklimat Iblis lebih bijak, berperancangan dan licik. Strategi Iblis tidak pernah berubah, menghalang manusia daripada beriman kepada Allah dan RasulNya, mengkufurkan orang yang beriman, mendorong mereka terjebak kedalam perkara bidah yang sesat, mendorong mereka terjebak melakukan dosa besar, melalaikan mereka dalam dosa-dosa kecil, membiarkan mereka leka dalam perkara-perkara harus dengan berlebihan dan memastikan mereka hidup bersahaja tanpa perancangan dan tidak jelas agenda yang lebih utama dalam hidup.

Hari ini, Ramadhan datang lagi menjadi tetamu kita. Tetamu yang mengajak kita untuk memperbaiki kesihatan badan, kesihatan minda, kesihatan jiwa, kesihatan sikap dan akhlak melalui memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta yang menghantar tetamu ini kepada kita.

Agenda Allah untuk mendidik kita telah di tetapkan; lima kali fardu solat untuk berikrar dan bermunajat dalam sehari semalam. Sekali pertemuan masyarakat bersilaturrahim dan mendengar nasihat dan motivasi perjuangan dalam seminggu dihari Jumaat.

Kini dibulan Ramadhan segala-galanya itu diraikan dengan mengosongkan perut disiang hari, direhatkan anggota penghadaman daripada berkerja sepanjang hari dibulan selain Ramadhan, di lemahkan nafsu syahwat dalam badan supaya kemenangan pertembungan dalam jiwa berpihak kepada dorongan keimanan. Allah juga menambat segala syaitan yang mendorong manusia melakukan kejahatan supaya tidak ada lagi bisikan kejahatan di dalam jiwa yang datang daripada makhluk jin ini. Allah juga memberi motivasi kepada kita untuk memperbanyakkan gerakan anggota zahir dan batin untuk melakukan amal-amal kebajikan supaya jiwa kita mencapai darjat ketakwaan.

Ada yang menerimanya sebagai adat kebiasaan menerima tetamu yang datang setiap tahun, lalu ditunaikan segala kewajibannya sebagai tuan rumah secara biasa. Ada yang meraikannya dengan pelbagai jamuan yang tidak pernah dirasainya sepanjang tahun. Ada yang sudah menyiapkan persiapan  untuk meraikan kepulangan tetamu dengan menyediakan persalinan baru kepada seisi keluarga hingga kepada perabut, cat dan langsir rumah.

Makan untuk membolehkan tulang belakang tegak bagi melaksanakan ibadah itu adalah wajib, makan sehingga kenyang itu harus, makan melebihi keperluan badan adalah membazir. Setiap pembaziran sehingga seberat atompun akan dicatat dan ditulis sebagai satu pembaziran. Allah Taala sudahpun ingatkan kita bahawa pembazir adalah saudara syaitan.

Sesiapa yang menunaikan ibadah solat, tilawah al-Quran, bersedekah, saling menasihati dengan kebenaran dan sebagainya pada bulan ini akan merasai kebahagiaan rohani yang tidak dirasainya pada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita bermuhasabah bagi mengenal pasti kekurangan diri supaya kita tahu sebab-sebab yang menjadikan kita gagal, lambat berjaya atau tidak berubah ke mana-mana dan memperbaikinya.

Mungkin kita tidak memiliki ilmu yang betul atau pengalaman yang tepat, mungkin kita tidak memiliki sikap dan tabiat yang cemerlang, mungkin juga proses kerja yang kita lakukan tidak konsisten dan tidak efisyen mungkin juga kita tidak tahu langsung ke mana halatuju hidup dan kerja-kerja seharian kita kerana selama ini kita tidak pernah berfikir disebabkan semua jadual hidup dirancang dan disusun oleh orang lain untuk kita atau anda memang tidak pernah berfikir untuk merancang agenda kehidupan di dunia ini. Atau mungkin hidup anda hanya merancang dan berfikir sebuah agenda yang hendak diberikan kepada orang lain, sedangkan anda duduk diawang-awangan jarang mencemarkan duli hidup bersama mereka yang celaru antara menjayakan impian anda dengan kemampuan ilmu, rohani, sikap, tabiat yang mereka ada dan kejelasan peta perjalanan yang mereka miliki.

Kita masih memiliki tanahair dan kuasa politik tetapi kita tidak memilki kekuatan ekonomi, tidak memiliki kekutan sosial dan pendidikan. Generasi belia dan keluarga baru amat lemah hingga umat Islam sudah tidak punya masa lebih untuk berfikir mengenai perjuangan nabi s.a.w. yang belum selesai kerana masih mundar mandir mengejar impian hidup dunia yang belum tercapai. Lebih malang lagi masih ada yang hidup menjadi hamba gaji majikan sedar kais pagi makan pagi.

Dulu penjajah datang menguasai tanahair kita, menggali dan memunggah segala bijih besi, bijih timah, bijih emas bagi membangunkan industri dan mengkayakan dunia mereka. Dulu penjajah membawa masuk pelbagai bangsa untuk menjadi pekerja dalam agenda mereka merampas segala hasil bumi yang tertimbus dan menggondolkan tanah-tanah kita untuk ditanam dengan getah.

Anak bangsa kita dipilih diajar, dilatih dan diberi upah untuk menjadi kerani, pengutip cukai dan penjawat awam bagi memudahkan agenda mereka melakukan rampasan hasilbumi. Apabila kita dibebaskan untuk memerintah sendiri tanahair kita apakah kejayaan yang kita boleh banggakan?

94% bangunan-bangunan yang ada di bandar-bandar kita semuanya milik bangsa-bangsa lain? 60% kekuatan ekonomi bukan milik kita? 40% lebih penguasaan ekonomi bangsa kita adalah milik syarikat-syarikat kerajaan? Daripada puluhan jutawan rakyat negara ini hanya dua tiga orang individu muslim? Kita umat Islam golongan majoriti tetapi siapakah yang menyediakan bekalan makanan, minuman, pakaian, kenderaan kita?

Ramadhan datang lagi, dan kita sambutnya bagai pesta yang diciptakan kepada kita. Apa kita mahu? Ke mana hala tuju kita? Apakah ertinya lailatul qadar kepada kita jika perjuangan kita bukan pada landasan sebenar yang sepatutnya kita gerakkan? Zionis yang menjadi topeng Iblis masih menguasai dunia dan ketawa melihat warisan umat Muhammad yang keliru.

Pelaburan Hartanah

 

Satu instrumen pelaburan yang tidak mudah terjejas dengan inflasi adalah pelaburan dalam bidang hartanah, sama ada membeli tanah kosong untuk dibangunkan, membeli hartanah komersial atau rumah dan apartment untuk di diami dan disewakan.

Dalam buku saya 4 aset menjana kebebasan kewangan saya telah jelaskan pengalaman hidup saya yang tinggal di sekitar Cheras, Kajang, Bangi dan Sepang sejak tahun 1996 saya dapati peningkatan amat ketara terhadap harga hartanah.

Contohnya bangunan rumah kedai di hadapan stesyen komuter UPM ketika dilancarkan pada tahun 1997 harganya sekitar RM1.3 juta dan sekarang pada tahun 2017 harganya melebihi RM6 juta. Sewa bangunan di sekitar kawasan tersebut melebihi RM10,000 sebulan.

Rumah teres kos sederahana di Kajang pada tahun 2000 bernilai RM85,000 dan pada tahun 2017 harganya sudah menjangkau RM300,000. Manakala rumah terses dua tingkat di Bandar Baru Bangi pada tahun 1997 sekitar RM150,000 dan kini pada tahun 2017 harganya tidak kurang daripada RM500,000.

Untuk membeli hartanah ini biasanya diperlukan wang tunai lebihkurang 13% daripada harga hartanah sebagai deposit dan kos-kos dokumentasi. Sekiranya hartanah yang dibeli adalah hartanah komersial anda perlu memastikan lokasi yang ada potensi untuk menjana pendapatan melalui sewa yang meringankan beban bayaran balik pembiayaan hartanah anda itu.

Jika hartanah tersebut adalah tanah bendang, sawit atau getah anda akan mendapat menjana pendapatan melalui hasil pertanian tersebut. Biasanya satu ekar tanah sawah dan sawit boleh menjana pendapatan hingga 12,000 setahun. Begitu juga rumah-rumah teres yang berada dilokasi yang berhampiran pusat pengajian, kilang dan pinggir bandar boleh dijadikan rumah sewa atau homestay.  Melalui sewa ini anda mungkin menjana pendapatan melebihi bebanan kewangan untuk membayar balik pembiayaan hartanah anda.

Inflasi hartanah meningkat hampir 8% setahun dan harganya menjadi sehingga 160% daripada harga asal semasa anda membelinya selepas 20 tahun. Sekiranya hartanah tersebut mampu disewa dengan harga yang melebihi komitmen anda sebulan maka ia adalah pelaburan yang amat berbaloi.

Contohnya hartanah  berharga 1.3 juta maka pembiayaan adalah RM1,170,000 dan deposit yang perlu anda keluarkan adalah RM130,000 dengan rate 4.7% setahun bebanan bayaran balik anda adalah RM7528 sebulan selama 20 tahun. Dengan sewa bulanan sebanyak RM8000 sebulan anda sudah mampu memiliki hartanah bernilai 6 juta selepas 20 tahun dengan modal hanya RM130,000.

 

Penyayang

Sistem takaful adalah sistem tolong menolong sesama manusia. Generasi muda sekarang menyumbang ke dalam tabung takaful, wang itu akan dimanfaatkan terlebih dahulu oleh waris-waris peserta takaful generasi tua jika mereka meninggal dunia sebelum usia 88 tahun. Generasi tua ini sebenarnya sudah menyertai takaful atau insurans semasa muda dahulu.

Ada dikalangan mereka yang lumpuh pada usia muda, meninggal dunia pada usia muda dan terpaksa mendapat rawatan hospital masa muda lagi, maka mereka ini sudah menikmati manfaat takaful yang di sertai.

Penyumbang ketabung takaful ini adalah mereka yang memiliki sifat penyayang. Mereka ingin menyumbang sebahagian pendapatan mereka kedalam tabung ini supaya mereka dapat membantu orang lain. Mereka sedar jika mereka sihat dan hidup sehingga melebihi usia 88 tahun mereka tidak akan mendapat peluang menikmati pampasan takaful dan insuran tetapi mereka puas kerana rezki yang mereka dapat telah dikongsi bersama-sama orang lain dalam satu sistem yang amat bermanfaat.

Jika mereka meninggal dunia sebelum usia 88 tahun, mereka juga tidak menikmati wang pampasan tersebut sebaliknya wang itu hanyalah dinikmati oleh anak-cucu mereka sahaja. Sifat penyayang yang ada dalam dada mereka menjadikan mereka sanggup mengorbankan sedikit wang mereka untuk diwariskan kepada anak-cucu. Malah apa yang mereka sediakan untuk waris mereka lebih daripada apa yang mereka sumbangkan.

Dengan RM500 sebulan yang disumbangkan ketabung takaful, mereka telah menyediakan dana takaful sehingga RM500,000. Jika 500,000 itu dibahagikan kepada 6000 bersamaan dengan 83 tahun.

Mungkin ada yang memilih untuk menonggalkan aset hartanah kepada waris mereka tetapi bezanya untuk dapatkan hartanah bernilai RM500,000 mereka perlu berkorban sebanyak lebih kurang RM3000 sebulan. Apabila mereka meninggal dunia hartanah tersebut perlulah dijual supaya setiap waris dapat menikmati bahagian mereka secara adil. Namun prosesnya tidaklah sesingkat tuntutan takaful.

Fikir-fikirkan.

 

“Back Up”

Life is uncertain.

Sebab hidup ini seluruhnya ujian. Kadangkala kena bersabar dan kadang-kala wajib bersyukur. Kemalangan tidak berbau, musibah yang menimpa kita juga tidak pernah diduga.

Ramai yang mengharap sihat wal`afiat hingga bersara tetapi tidak. Hari-hari ada saja berita kemalangan. Jika sekali-sekal pergi ke hospital rasa panas hati mencari tempat parking yang luas penuh sesak, ramainya orang sakit dengan pelbagai penyakit.

BIla sudah terlantar sudah tidak boleh berkerja, jika sakit berterusan hingga tiga empat tahun, majiakan tidak akan tanggung lagi kos dan gaji. Jika tidak ada pendapatan bagaimana nak bayar hutang, bagaimana nak sara keluarga, bagaimana nak upah orang lain jaga kita.

Masa ini baru sedar dan berterima kasih kepada orang yang menziarahi dan menghulur seringgit dua. Baru teringat alangkah baiknya jika semasa sihat dulu sudah bersedekah dan membuat persediaan.

Oleh itu dapatkanlah pelan takaful yang sesuai berasaskan keperluan dan kemampuan anda. Jumpalah penasihat takaful yang memberi khidmat nasihat percuma.

Wakil Takaful Kerjaya Professional

cropped-usahawan.jpg

Perunding kewangan takaful bukan seorang jurujual yang menjual ‘airliur’ tetapi kerjaya seorang professional yang memberikan ‘solution’ kepada masalah kewangan pelanggan. Rakyat negara maju akan membuka akaun insurans seperti membuka akaun bank tetapi rakyat negara sedang membangun melihat takaful dan insurans sesuatu yang eksesori bukan keperluan.

Tugas perunding kewangan takaful di negara sedang membangun masih diperlukan kerana ahli masyarakat tidak akan datang ke syarikat takaful untuk mengambil perlindungan takaful kecuali takaful kenderaan.

Maka tugas perunding kewangan takaful adalah:

  1. Memberi kesedaran kepada masayarakat keperluan membuat perancangan kewangan secara menyeluruh.
  2. Menganalisa kekuatan dan kelemahan kewangan pelanggan
  3. Mengenalpasti matlamat kewangan pelanggan untuk jangkamasa pendek dan panjang
  4. Menyedarkan pelanggan risiko-risiko kewangan yang bakal dihadapi.
  5. Menceritakan kelebihan produk-produk takaful
  6. Mencadangkan produk takaful yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan pelanggan.
  7. Sentiasa memantau kedudukan sijil pelanggan agar berbayar supaya tidak berlaku sijil luput.

Berasaskan peranan ini, wakil takaful dibayar upah yang lumayan berbanding professional lain.

4 Aset Menjana Kebebasan Kewangan

Ramai orang impikan kebebasan kewangan atau financial freedom . Apakah itu? Kenapa anda perlu memiliki kebebasan kewangan? Bolehkah setiap orang memiliki kebebasan kewangan? Bilakah sepatutnya anda perlu memiliki kebebasan kewangan? Berapakah jumlah harta yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan? Apakah aset yang boleh menjana kebebasan kewangan? Tahukah anda bahawa  anda boleh memiliki kebebasan kewangan tanpa modal? Bagaimanakah caranya?

Kebebasan kewangan adalah satu pencapaian yang diimpikan dalam hidup, apakah syarat-syaratnya? Bolehkah orang biasa memenuhi syarat-syarat tersebut? Adakah syarat tersebut perkara yang mustahil?

Jika ada yang sudah memiliki kebebasan kewangan di usia 30an adakah anda mampu memilikinya? Apakah perbezaan anda dengan mereka yang telah berjaya merealisasikan impian memiliki kebebasan kewangan di usia muda?

Semua jawaban kepada soalan-soalan ini, sudah tidak menjadi rahsia lagi. Tunggu kelahiran buku 4 Aset Jana Kebebasan Kewangan Pada Usia Muda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

4-asset